Thursday, 2 April 2015

proses pengumpulan botol dan ikon terunggul :)

assalamualaikum dan selamat sejahtera pada minggu keenam ini kami dari kumpulan h20 dalam kemajuan ke arah engumpulan barang kitar semula untuk produk hiasan deko kami...kumpulan kami sedang ikhtiar untuk mendapatkan kotak untuk dijadikan tempat simpanan barangan kitar semula seperti botol plastik, kaca dan tin minuman....pengumpulan barangan kitar semula ini akan diadakan di ktsn sekitar blok wanita..setiap kotak yang ada itu akan digunakan untuk pelajar meletakkan barangan kitar semula yang mereka hendak buang...Disamping itu,kami mengalakkan pelajar ktsn mengamalkan amalan kitar semula...

Dan minggu ini juga kami ada berbincang mengenai ikon terunggul...kami memilih Sheikh Ahmad Yassin sebagai ikon kami..kami menjadi kan beliau sebagai role model kami  

Tajuk: Sheikh Ahmad Yassin: Ikon Terunggul

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu keenam ini, kami diarahkan untuk memilih tokoh yang sesuai untuk dijadikan sebagai contoh bagi kami untuk dijadikan sebagai role model dalam merealisasikan produk kami. Kami perlu mencari quality values yang ada pada ikon yang dipilih dan perlu mengimplementasikan ciri-ciri tersebut dalam diri kami sepanjang melaksanakan projek kami. Siapakah ikon yang menjadi pilihan kami?

Sheikh Ahmad Yassin. Ataupun juga dikenali sebagai As-shahid Sheikh Ahmad Ismail Hassan Yassin. Mungkin nama beliau tidak asing bagi penduduk Gaza namun tokoh hebat ini agak kurang dikenali di bumi Malaysia.
Mengapa Sheikh Ahmad Yassin? 
Mengapa beliau begitu dikagumi rakyat Palestin?
Mari kita mengenali profil beliau terlebih dahulu. 

Sheikh Ahmad Yassin dilahirkan pada 1 Januari 1937 di Palestin. Beliau merupakan seorang mujahid, imam, guru dan juga ahli politik yang tersohor di Gaza kerana kekuatan hujahnya dan keberaniannya menegakkan kebenaran. Beliau merupakan soerang yang berilmu tinggi, menerima pendidikan di Universiti Al-Azhar dan petah dalam berhujah. Buktinya, khutbah beliau amat terkenal dalam kalangan penduduk-penduduk Gaza dan sekitarnya.
Uniknya mengenai Sheikh Ahmad Yassin ialah, sebahagian besar hidupnya dihabiskan di atas kerusi roda yang ditolak oleh pembantunya kerana keadaan fizikalnya lumpuh. Seksaan di penjara Israel menyebabkan beliau bukan hanya terus lumpuh, malahan menderita kerana mata kirinya buta dan hilang kemampuan mendengar. Ditambah dengan penyakit jantung serta gangguan pencernaan.
Walaupun beliau lumpuh, cacat anggota, berkerusi roda dan sudah tua namun tidak menjadi penghalang kepadanya untuk bergerak sebagai aktivis perjuangan Islam. Beliau teguh menasihati, membangkitkan semangat ummah dan para pejuang Palestin. Setiap patah kata-katanya diterima pakai dan dilaksanakan.
Beliau tidak pernah menganggap bahawa kecacatan fizikalnya menjadi batu penghalang dalam setiap pergerakannnya dan tidak pernah berputus asa. Semangatnya amat kental dan berani untuk terus bergerak aktif dalam memperjuangkan islam dan dakwah islamiyyah. 
Ini merupakan antara ciri yang amat kami kagumi tentang beliau dan kami akan cuba untuk mengimplementasikannya dalam menyempurnakan projek kami. Setiap dari kami mempunyai kelemahan masing-masing, namun selagi kami bersama, dan berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap usaha kami, kami yakin walau sebesar mana halangan yang bakal dihadapi, kami akan menjadikannya sebagai sebuah cabaran, dan mampu menempuhnya bersama. 
Selain itu, sikap Sheikh yang bersungguh dalam setiap perlakuannya juga mencetuskan semangat dalam diri kami untuk bersungguh-sungguh dalam setiap yang kami lakukan, bukan sahaja dalam projek ini, tetapi juga dalam kehidupan seharian kami sebagai mahasiswa. 
Akihir kata,"Unity is strength. . . when there is teamwork and collaboration, wonderful things can be achieved." --Mattie Stepanek .
"None of us is as smart as all of us." --Ken Blanchard
Sekian, terima kasih^^


perbincangan di dewan kuliah 2...






No comments:

Post a Comment