Wednesday, 29 April 2015
Hasil kerja Kumpulan Kami
sebanyak 9 orang ahli kumpulan, sebanyak itu jugalah tenaganya, ini adalah antara hasil produk yang kami cuba sampaikan dimana terdapat transfomasi botol kepada tempat letak telefon bimbit, pasu bunga, tirai dan sebagainya. kami sekumpulan bertungkus lumus menghasilkan produk ini walaupun ramai antara daripada kami terlibat dalam meeting luar, tetapi semua ahli kumpulan ini semangat untuk menghadiri dan memberi komitmen di dalam penghasilan produk ini walaupun lewat sedikit menghadiri perjumpaan untuk hasilkan produk ini kerana menghadiri meeting yang lebih penting.
Rupa-rupanya ramai antara kami yang begitu kreatif untuk menghasilkan produk-produk ini. pelbagai reka bentuk dan rupa. In shaa Allah kami akan menghasilkan produk yang inovatif dan kreatif agar dapat membuka mata dan kesedaran orang ramai mengenai amalan kitar semula terutama di kalangan mahasiswa. 2 weeks more for our presentation. wish our luck. :-)
Wednesday, 22 April 2015
botol oh botol~
yes, semakin hari semakin bertambah pengumpulan botol-botol kami untuk di jadikan tranfomasi botol. makin hari semakin banyak misi untuk mengumpulkan botol. setiap ahli kumpulan memainkan peranan di dalam pengumpulan botol. permasalahan yang timbul ketika proses pengumpulan di mana pada ketika itu sedang berlaku program kitar semula yang di anjurkan oleh program EVH. jadi menjadi saingan untuk kami mencari botol. selepas itu permasalahan yang kedua adalah kami tiada tempat simpan botol dan membuat keadaan bilik masing2 banyak dengan botol dan jika orang lain datang mungkin membuat mereka tidak selasai. tapi alhamdulillah , kami telah berjaya mencari jalan penyelesaian iaitu kami ahli kumpulan mengambil inisiatif untuk simpan botol mineral yang digunakan .manakala masalah botol berselerak di bilik, kami ambil langkah untuk simpan botol2 mineral di dalam kotak. setiap permasalahan pasti akan ada solusinya. Peace No War.
terapkan amalan kitar semula dengan menghasilkan produk yang boleh digunakan kembali.
Thursday, 2 April 2015
proses pengumpulan botol dan ikon terunggul :)
assalamualaikum dan selamat sejahtera pada minggu keenam ini kami dari kumpulan h20 dalam kemajuan ke arah engumpulan barang kitar semula untuk produk hiasan deko kami...kumpulan kami sedang ikhtiar untuk mendapatkan kotak untuk dijadikan tempat simpanan barangan kitar semula seperti botol plastik, kaca dan tin minuman....pengumpulan barangan kitar semula ini akan diadakan di ktsn sekitar blok wanita..setiap kotak yang ada itu akan digunakan untuk pelajar meletakkan barangan kitar semula yang mereka hendak buang...Disamping itu,kami mengalakkan pelajar ktsn mengamalkan amalan kitar semula...
Dan minggu ini juga kami ada berbincang mengenai ikon terunggul...kami memilih Sheikh Ahmad Yassin sebagai ikon kami..kami menjadi kan beliau sebagai role model kami
Tajuk: Sheikh Ahmad Yassin: Ikon Terunggul
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu keenam ini, kami diarahkan untuk memilih tokoh yang sesuai untuk dijadikan sebagai contoh bagi kami untuk dijadikan sebagai role model dalam merealisasikan produk kami. Kami perlu mencari quality values yang ada pada ikon yang dipilih dan perlu mengimplementasikan ciri-ciri tersebut dalam diri kami sepanjang melaksanakan projek kami. Siapakah ikon yang menjadi pilihan kami?
Sheikh Ahmad Yassin. Ataupun juga dikenali sebagai As-shahid Sheikh Ahmad Ismail Hassan Yassin. Mungkin nama beliau tidak asing bagi penduduk Gaza namun tokoh hebat ini agak kurang dikenali di bumi Malaysia.
Mengapa Sheikh Ahmad Yassin?
Mengapa beliau begitu dikagumi rakyat Palestin?
Mengapa beliau begitu dikagumi rakyat Palestin?
Mari kita mengenali profil beliau terlebih dahulu.
Sheikh Ahmad Yassin dilahirkan pada 1 Januari 1937 di Palestin. Beliau merupakan seorang mujahid, imam, guru dan juga ahli politik yang tersohor di Gaza kerana kekuatan hujahnya dan keberaniannya menegakkan kebenaran. Beliau merupakan soerang yang berilmu tinggi, menerima pendidikan di Universiti Al-Azhar dan petah dalam berhujah. Buktinya, khutbah beliau amat terkenal dalam kalangan penduduk-penduduk Gaza dan sekitarnya.
Uniknya mengenai Sheikh Ahmad Yassin ialah, sebahagian besar hidupnya dihabiskan di atas kerusi roda yang ditolak oleh pembantunya kerana keadaan fizikalnya lumpuh. Seksaan di penjara Israel menyebabkan beliau bukan hanya terus lumpuh, malahan menderita kerana mata kirinya buta dan hilang kemampuan mendengar. Ditambah dengan penyakit jantung serta gangguan pencernaan.
Walaupun beliau lumpuh, cacat anggota, berkerusi roda dan sudah tua namun tidak menjadi penghalang kepadanya untuk bergerak sebagai aktivis perjuangan Islam. Beliau teguh menasihati, membangkitkan semangat ummah dan para pejuang Palestin. Setiap patah kata-katanya diterima pakai dan dilaksanakan.
Beliau tidak pernah menganggap bahawa kecacatan fizikalnya menjadi batu penghalang dalam setiap pergerakannnya dan tidak pernah berputus asa. Semangatnya amat kental dan berani untuk terus bergerak aktif dalam memperjuangkan islam dan dakwah islamiyyah.
Ini merupakan antara ciri yang amat kami kagumi tentang beliau dan kami akan cuba untuk mengimplementasikannya dalam menyempurnakan projek kami. Setiap dari kami mempunyai kelemahan masing-masing, namun selagi kami bersama, dan berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap usaha kami, kami yakin walau sebesar mana halangan yang bakal dihadapi, kami akan menjadikannya sebagai sebuah cabaran, dan mampu menempuhnya bersama.
Selain itu, sikap Sheikh yang bersungguh dalam setiap perlakuannya juga mencetuskan semangat dalam diri kami untuk bersungguh-sungguh dalam setiap yang kami lakukan, bukan sahaja dalam projek ini, tetapi juga dalam kehidupan seharian kami sebagai mahasiswa.
Akihir kata,"Unity is strength. . . when there is teamwork and collaboration, wonderful things can be achieved." --Mattie Stepanek .
"None of us is as smart as all of us." --Ken Blanchard
Sekian, terima kasih^^
perbincangan di dewan kuliah 2...
Subscribe to:
Comments (Atom)