Wednesday, 13 May 2015

we are done presentation


Alhamdulillah , selesai sudah presentation Pembangunan diri pada petang tadi. Di atas ini merupakan gambar yang kami gunakan untuk presentation tadi. produk kami adalah tranformasi botol yang bertemakan we share we care. Setelah hampir 3 bulan kami bekerjasama as a team , akhirnya kami berjaya membuahkan hasil. walaupun kami berlainan kos, tetapi kami mampu mencari masa untuk berbincang dan duduk sekali demi menghasilkan produk kami.

   Apa yang dibentangkan pada petang tadi adalah apa kelebihan yang terdapat pada produk kami, visi dan misi kumpulan kami, dan apa elemen yang dapat menarik pandangan orang lain terhadap produk kami dan banyak lagi. kami mensyukuri kepada Allah kerana kami berjaya membentang produk kami dengan lancar. :-)

Friday, 8 May 2015

cara2 membuat bangles hiasan wanita dari botol plastik

Assalamualaikum..

 harini saya akan berkongsi dengan ada mengenai cara2 pembuatan bangles yang digilai oleh wanita sebagai hiasan semasa mahu keluar berjalan atu dalam kkehidupan seharian.


1.botol plastik mineral besar atau kecil

2.kain(ikut kreativiti masing2)
3.gam gajah


  1. potong botol plastik mengikut alur kertas pembalut jenama botol tersebut
  2. balut potongan tadi dengan kain yang telah disediakan mengikut kreativiti masing2
  3. balut dengan kemas dan gamkan di penghujung balutan dengan gam gajah .
tips
  • potong berhati2 untuk dapatkan tepian potongan yang kemas
  • untuk perhiasan kanak2 pun boleh dilakukan dengan botol mineral yang kecil.

Saturday, 2 May 2015

cara2 membuat tempat letak charger yang comel

Assalamualaikum...
seperti di janji oleh kami  akan sharekan cara2 pembuatan tempat letak charger yang anda boleh cuba di rumah dengan menggunakan bahan terpakai...

1. botol shampoo(lebih bagus botol johnson n johnsonn)

2.kertas pembalut(kalau nak lawa wallpaper)
3.cutter
4.pensil atau marker




bahan2 yang dinyatakan tadi


potong di bahagian atas botol



 ukur dengan size handphone anda dan potong separuh di bahagian hadapan.

potongbentuk petak di bahagian belakang botol untuk tempat gantung di charger.

tips
  • ukur saiz hp betul2 dan tanda menggunakan marker
  • wallpaper lebih senang menggunakan kerana langsung lekat tanpa menggunakan gam atau soletip.
  • sekiranya pisau tidak dapat digunakan panaskan terlebih dahulu supaya senang untuk memotong botol.



Wednesday, 29 April 2015

Hasil kerja Kumpulan Kami




sebanyak 9 orang ahli kumpulan, sebanyak itu jugalah tenaganya, ini adalah antara hasil produk yang kami cuba sampaikan dimana terdapat transfomasi botol kepada tempat letak telefon bimbit, pasu bunga, tirai dan sebagainya. kami sekumpulan bertungkus lumus menghasilkan produk ini walaupun ramai antara daripada kami terlibat dalam meeting luar, tetapi semua ahli kumpulan ini semangat untuk menghadiri dan memberi komitmen di dalam penghasilan produk ini walaupun  lewat sedikit menghadiri perjumpaan untuk hasilkan produk ini kerana menghadiri meeting yang lebih penting.

      Rupa-rupanya ramai antara kami yang begitu kreatif untuk menghasilkan produk-produk ini. pelbagai reka bentuk dan rupa. In shaa Allah kami akan menghasilkan produk yang inovatif dan kreatif agar dapat membuka mata dan kesedaran orang ramai mengenai amalan kitar semula terutama di kalangan mahasiswa. 2 weeks more for our presentation. wish our luck. :-)

Wednesday, 22 April 2015

botol oh botol~



yes, semakin hari semakin bertambah pengumpulan botol-botol kami untuk di jadikan tranfomasi botol. makin hari semakin banyak misi untuk mengumpulkan botol. setiap ahli kumpulan memainkan peranan di dalam pengumpulan botol. permasalahan yang timbul ketika proses pengumpulan di mana pada ketika itu sedang berlaku program kitar semula yang di anjurkan oleh program EVH. jadi menjadi saingan untuk kami mencari botol. selepas itu permasalahan yang kedua adalah kami tiada tempat simpan botol dan membuat keadaan bilik masing2 banyak dengan botol dan jika orang lain datang mungkin membuat mereka tidak selasai. tapi alhamdulillah , kami telah berjaya mencari jalan penyelesaian iaitu kami ahli kumpulan mengambil inisiatif untuk simpan botol mineral yang digunakan .manakala masalah botol berselerak di bilik, kami ambil langkah untuk simpan botol2 mineral di dalam kotak. setiap permasalahan pasti akan ada solusinya. Peace No War.
terapkan amalan kitar semula dengan menghasilkan produk yang boleh digunakan kembali.

Thursday, 2 April 2015

proses pengumpulan botol dan ikon terunggul :)

assalamualaikum dan selamat sejahtera pada minggu keenam ini kami dari kumpulan h20 dalam kemajuan ke arah engumpulan barang kitar semula untuk produk hiasan deko kami...kumpulan kami sedang ikhtiar untuk mendapatkan kotak untuk dijadikan tempat simpanan barangan kitar semula seperti botol plastik, kaca dan tin minuman....pengumpulan barangan kitar semula ini akan diadakan di ktsn sekitar blok wanita..setiap kotak yang ada itu akan digunakan untuk pelajar meletakkan barangan kitar semula yang mereka hendak buang...Disamping itu,kami mengalakkan pelajar ktsn mengamalkan amalan kitar semula...

Dan minggu ini juga kami ada berbincang mengenai ikon terunggul...kami memilih Sheikh Ahmad Yassin sebagai ikon kami..kami menjadi kan beliau sebagai role model kami  

Tajuk: Sheikh Ahmad Yassin: Ikon Terunggul

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu keenam ini, kami diarahkan untuk memilih tokoh yang sesuai untuk dijadikan sebagai contoh bagi kami untuk dijadikan sebagai role model dalam merealisasikan produk kami. Kami perlu mencari quality values yang ada pada ikon yang dipilih dan perlu mengimplementasikan ciri-ciri tersebut dalam diri kami sepanjang melaksanakan projek kami. Siapakah ikon yang menjadi pilihan kami?

Sheikh Ahmad Yassin. Ataupun juga dikenali sebagai As-shahid Sheikh Ahmad Ismail Hassan Yassin. Mungkin nama beliau tidak asing bagi penduduk Gaza namun tokoh hebat ini agak kurang dikenali di bumi Malaysia.
Mengapa Sheikh Ahmad Yassin? 
Mengapa beliau begitu dikagumi rakyat Palestin?
Mari kita mengenali profil beliau terlebih dahulu. 

Sheikh Ahmad Yassin dilahirkan pada 1 Januari 1937 di Palestin. Beliau merupakan seorang mujahid, imam, guru dan juga ahli politik yang tersohor di Gaza kerana kekuatan hujahnya dan keberaniannya menegakkan kebenaran. Beliau merupakan soerang yang berilmu tinggi, menerima pendidikan di Universiti Al-Azhar dan petah dalam berhujah. Buktinya, khutbah beliau amat terkenal dalam kalangan penduduk-penduduk Gaza dan sekitarnya.
Uniknya mengenai Sheikh Ahmad Yassin ialah, sebahagian besar hidupnya dihabiskan di atas kerusi roda yang ditolak oleh pembantunya kerana keadaan fizikalnya lumpuh. Seksaan di penjara Israel menyebabkan beliau bukan hanya terus lumpuh, malahan menderita kerana mata kirinya buta dan hilang kemampuan mendengar. Ditambah dengan penyakit jantung serta gangguan pencernaan.
Walaupun beliau lumpuh, cacat anggota, berkerusi roda dan sudah tua namun tidak menjadi penghalang kepadanya untuk bergerak sebagai aktivis perjuangan Islam. Beliau teguh menasihati, membangkitkan semangat ummah dan para pejuang Palestin. Setiap patah kata-katanya diterima pakai dan dilaksanakan.
Beliau tidak pernah menganggap bahawa kecacatan fizikalnya menjadi batu penghalang dalam setiap pergerakannnya dan tidak pernah berputus asa. Semangatnya amat kental dan berani untuk terus bergerak aktif dalam memperjuangkan islam dan dakwah islamiyyah. 
Ini merupakan antara ciri yang amat kami kagumi tentang beliau dan kami akan cuba untuk mengimplementasikannya dalam menyempurnakan projek kami. Setiap dari kami mempunyai kelemahan masing-masing, namun selagi kami bersama, dan berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap usaha kami, kami yakin walau sebesar mana halangan yang bakal dihadapi, kami akan menjadikannya sebagai sebuah cabaran, dan mampu menempuhnya bersama. 
Selain itu, sikap Sheikh yang bersungguh dalam setiap perlakuannya juga mencetuskan semangat dalam diri kami untuk bersungguh-sungguh dalam setiap yang kami lakukan, bukan sahaja dalam projek ini, tetapi juga dalam kehidupan seharian kami sebagai mahasiswa. 
Akihir kata,"Unity is strength. . . when there is teamwork and collaboration, wonderful things can be achieved." --Mattie Stepanek .
"None of us is as smart as all of us." --Ken Blanchard
Sekian, terima kasih^^


perbincangan di dewan kuliah 2...






Saturday, 21 March 2015

KERTAS KERJA DONE !

Assalamualaikum.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kami diberi kesempatan untuk membuat perjumpaan bagi menyiapkan kertas kerja untuk projek Transformasi Botol. Perjumpaan ini bertempat di surau G pada hari Rabu, 18 Mac 2015 jam 2 petang. Kesemua ahli kumpulan kami telah datang untuk bersama-sama menyumbang idea dalam menyiapkan kertas kerja ini.

Kami telah membuat pembahagian tugas untuk mempercepatkan proses penyediaan kertas kerja ini. Perbincangan ini mengambil masa tidak lebih daripada dua jam. 
Antara kandungan yang terdapat dalam kertas kerja ini adalah seperti berikut :

  • Pengenalan 
  • Objektif
  • Kepentingan Produk 
  • Kumpulan Sasaran
  • Metodologi
  • Penyataan Masalah


Setelah tugasan kertas kerja ini siap, kami langsung menghantarkan emel kepada Puan Fatin Hazwani. Selain itu, kami juga telah memuatnaik kertas kerja tersebut diruangan Discussion di Ifolio.

Kini, kami sedang menunggu jawapan kelulusan kertas kerja ini daripada pihak Puan Fatin. Itu sahaja laporan daripada kami buat masa ini. Di sini, kami lampirkan hasil kertas kerja yang telah disiapkan.

Muka hadapan kertas kerja.

Sekian,

Terima Kasih.


Friday, 13 March 2015

Promosi Perniagaan kami !



Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera semua! ♥



Hari ini, kami ingin membawa anda mengembara ke dunia perniagaan muda kami ! Pelbagai usaha bagi menghasilkan idea pengeluaran produk terbaru kami. Ada apa dengan sebuah botol? Dimata manusia, botol hanya sebuah barang yang apabila diminum dan terus dibuang tanpa mengambil fungsi sebenar botol. Kami daripada Kumpulan T.B, mengambil inisiatif ini bagi menghasilkan produk transformasi botol menjadi bentuk yang lebih menarik sebagai perhiasan yang dapat menceriakan hidup anda! Di sini, kami lampirkan sedikit sebanyak maklumat kumpulan perniagaan kami.




Nama Kumpulan : T.B (Transformasi Botol)


Nama Ahli : 




A149614


A150295


A151641


A151427


A152095 

NUR ATHIRAH BINTI RAZALI
A148667
A149055

NUR FARHIN BINTI ISMAIL
A151343 






Setiap perkhidmatan dan jualan produk kami akan memenuhi kehendak anda! 
Teruskan mengikuti perkembangan kami!