Assalamualaikum.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kami diberi kesempatan untuk membuat perjumpaan bagi menyiapkan kertas kerja untuk projek Transformasi Botol. Perjumpaan ini bertempat di surau G pada hari Rabu, 18 Mac 2015 jam 2 petang. Kesemua ahli kumpulan kami telah datang untuk bersama-sama menyumbang idea dalam menyiapkan kertas kerja ini.
Kami telah membuat pembahagian tugas untuk mempercepatkan proses penyediaan kertas kerja ini. Perbincangan ini mengambil masa tidak lebih daripada dua jam.
Antara kandungan yang terdapat dalam kertas kerja ini adalah seperti berikut :
- Pengenalan
- Objektif
- Kepentingan Produk
- Kumpulan Sasaran
- Metodologi
- Penyataan Masalah
Setelah tugasan kertas kerja ini siap, kami langsung menghantarkan emel kepada Puan Fatin Hazwani. Selain itu, kami juga telah memuatnaik kertas kerja tersebut diruangan Discussion di Ifolio.
Kini, kami sedang menunggu jawapan kelulusan kertas kerja ini daripada pihak Puan Fatin. Itu sahaja laporan daripada kami buat masa ini. Di sini, kami lampirkan hasil kertas kerja yang telah disiapkan.
![]() |
Muka hadapan kertas kerja. |
Sekian,
Terima Kasih.